www.dapat.net/skbn Jumlah Pengunjung: 5468
Kemaskini:07/06/09 03:55PM

[ Tambah ]

7hb Feb 2009
Mesyuarat Agong PIBG ke 35 SKB. [Album]Mesyuarat Agong PIBG kali ke 35 telah diadakan di Dewan Tulip Sk Bukit Naga dirasmikan Pegawai Pelajaran Daerah Kelang. Agenda utama adalah mendapatkan persetujuan sebulat-suara keatas jumlah sumbangan kepada PIBG seperti yang diarahkan Kementerian Pelajaran dan telah dipersetujui sumbangan PIBG kekal RM50.00 dan kutipan dipersetujui pada awal bulan Mac 2009. Yuran Sekolah juga kekal RM38.50 dan kutipan hanya akan dibuat setelah mendapat arahan Kementerian.
Selain membentangkan minit mesyuarat, aktiviti dan Akaun 2008 pemilihan AJK baru telah mengekalkan YDP 2008 En Mohammed Faudzi Mahmud diikuti juga beberapa AJK lama dan separuh darinya baru. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.35 petang.
07/02/2009 04:19PM [ padam|ubah ]

1hb Nov 2008
Projek Lanskap Sekolah Oleh Kwait Finance House (M) Bhd.
Satu usaha murni Kwait Finance House dalam khidmat kemasyarakatnya ke sekolah-sekolah luar bandar dengan mengadakan program menceriakan sekolah yang dijayakan sendiri oleh kakitangannya bersama seorang Jururunding Lanskap.Projek keceriaan dibawah kelolaan PIBG ini telah diserahkan secara rasmi oleh En Ab Jabar Rahman, Deputi Chief Executive Kwait Finance House (M) Bhd kepada En Fauzi Naib YDP PIBG SKBN.
Turut hadir Dato' Ahmad Zaki bin Abdul Razak, Chief Officer - Corporate Services and Operations dan Raja Zamilia bt Dato' Seri Mansur, Director Communications & Public Relations KHFB.

09/11/2008 11:12AM [ padam|ubah ]

satu lagi rombongan bagi mendedahkan pelajar kealam universiti di UM.
06/04/2008 09:41AM [ padam|ubah ]

Mesyuarat ajk pertama.
30/03/2008 07:54PM [ padam|ubah ]

Rombongan motavasi pengawas skbn. Hantaran melalui hp Nokia N82.
22/03/2008 05:28PM [ padam|ubah ]

PIBG SKBN terus maju kearah teknologi SMS (ITC)
Demi keperihatinan kami bagi memudahkan perhubungan diantara guru-guru dan ibubapa maupun pelajar, PIBG telah menggunakan sistem SMS berkomputer.
Dengan adanya sistem ini ia akan memberikan kepastian bahawa kita para ibubapa akan mendapat maklumat persekolahan anak-anak kita terus ketapak tangan walau dimanapun kita berada.

Jika ingin balas, sila taipkan
kod sms: R pibgskbn "message anda.."
Hantar ke: 33733
04/03/2007 10:55AM [ padam|ubah ]

3hb Mac 2007
Mesyuarat Agong ke33 SKBN
diadakan di Dewan MBSA Bukit Naga yang dirasmikan ADUN YB Kamala Ganapathy. Mesyuarat bagi perlantikan AJK Baru Sesi 2007-2008 telah menempatkan semula AJK 2006 bagi meneruskan khidmat mereka sepenggal lagi. Beberapa usul hangat telah diperdebatkan khasnya usul meningkatkan dan menambah jumlah pencapaian "A" dalam UPSR, usul keperihatinan Ibubapa dalam aktiviti PIBG, usul Buku Teks, usul Tusyen, usul mengadakan Majlis Dialog diantara Ibubapa dan Guru-guru dan lain-lain.
04/03/2007 10:05AM [ padam|ubah ]

11hb Febuari 2007
Larian Jogathon SKBN 2007
Ini adalah merupakan Larian Jogathon terbuka pertama dianjurkan SKBN bagi mengisi tabung PIBG. Dengan pengelibatan penduduk Bukit Naga bersama-sama pelajar dan guru-guru selain dari mendapatkan sumbangan bagi tabung sekolah ia telah dapat menjana kemesraan yang lebih akrab disamping menceriakan suasana di Bukit Naga. Syabas diucapkan kepada PIBG dan Pihak Sekolah yang telah berjaya melaksanakan Larian Jogathon 2007 ini dengan jayanya.

ALBUM: http://bukitnaga.fotopic.net/c1210845.html
18/02/2007 01:20PM [ padam|ubah ]

Hari Pelancaran Jogathon:
5hb Ogos 2006.
Di Dewan MBSA Bukit Naga.
Berbagai upacara diadakan termasuk Senamrobik, Karaoke, Gubahan, Gusti Lengan, Tendangan Penalti, Gerai Jualan, Pertandingan Lukisan dll.
Satu pesta yang meriah sambil menderma ke tabung Jogathon.
ALBUM: http://skbn.fotopic.net/c1044690.html
07/08/2006 11:46AM [ padam|ubah ]

Sambutan Maulidurrasul:
Selawat Keatas Nabi bergema disepanjang Jalan Bukit Naga dari SKBN hinggalah ke Dewan MBSA oleh para pelajar dan guru-guru menyambut Hari Keputraan Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
ALBUM: http://skbn.fotopic.net/c923375.html
07/08/2006 11:43AM [ padam|ubah ]

Kokurikulum
Mendidik anak-anak sekecil ini untuk melakukan satu persembahan memang memerlukan latihan dan kesabaran yang tinggi sehingga dapat menempatkan kanak-kanak pra sekolah ini memenangi beberapa pertandingan di peringkat sekolah-sekolah daerah Klang.
18/05/2006 10:51PM [ padam|ubah ]

Kecemerlangan
Pencapaian akademik SKBN terus meningkat dari tahun ke setahun meskipun masih terdapat banyak kekurangan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah dipersekitaran daerah Kelang.
18/05/2006 10:44PM [ padam|ubah ]

Perihatin
SKBN boleh dikatakan bertuah kerana masyarakat di Bukit Naga memang perihatin terhadap persekolahan. Setiap kali aktiviti sekolah diadakan ia pasti tidak mengeciwakan akan kehadiran ibubapa.
18/05/2006 10:17PM [ padam|ubah ]

Sekarang
Kini SKBN telah terseregam indah dengan bangunan 3 tingkatnya dan menjadi mercu tanda Kampung Bukit Naga. Dengan pembangunan yang begitu pesat di persekitarannya, Bukit Naga kini walaupun masih kekal dengan suasana kampungnya ia berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA.
18/05/2006 07:42PM [ padam|ubah ]

SKBN Dahulu
Sekolah Kebangsaan Bukit Naga dibuka pada 19 Mac 1921 satu-satunya perkampungan estate getah dan kelapa sawit di Batu 6, Kampung Bukit Naga Klang yang mempunyi agak ramai penduduk dan sesuai didirikan sekolah. Pada permulaan sekolah ini dibuka, bilangan muridnya hanya 23 orang yang kesemuanya adalah lelaki. Tenaga pengajar pada ketika itu hanya dua orang iaitu Cikgu Md.Zain bin Mohammad sebagai Guru Besar dan Cikgu Abdur'rahman bin Lebai sebagai penolongnya.
18/05/2006 07:34PM [ padam|ubah ]

1
[Ubah]

Selamat Datang ke Halaman 906
PIBGskbn
http://www.pibgskbn.dkays.com/
Sekolah Kebangsaan Bukit Naga
FORUM: http://skbn.freeforums.org
Tel: 03 51616852

SMS: R pibgskbn message... Hantar ke 33733.
<<< Selamat Datang... Tahniah!!!.. anda adalah seorang yang perihatin terhadap persekolahan...  Kami warga SKBN senantiasa memberikan khidmat terbaik demi kecemerlangan sekolah ini serta nama baik Bukit Naga ....

JEMPUT DATANG KE:

# Sek Keb Bukit Naga:.. http://www.pibgskbn.dkays.com
# SMK Jalan Kebun:..... http://www.pibgsmkjk.dkays.com
# Kampung Bukit Naga: http://www.bukitnaga.dkays.com
# Jejak Keluarga:....... http://www.jejakkeluarga.dkays.com
# Kelab Peugeot Msia:.. http://www.peugeotclubmalaysia.com



[Tambah] [Padam]


[ Tambah ]

[ Padam ]

Taip: DW SKBN dan hantar ke DAPAT
[ Tambah ]

SEJARAH SKBN:

Sekolah Kebangsaan Bukit Naga dibuka pada 19 Mac 1921 satu-satunya lokasi yang wujud pada masa itu di Batu 6, Kampung Bukit Naga Klang. Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Melayu Batu 6, Jalan Bukit Kemuning, Klang.

Pada awal sekolah ini dibuka ia hanya mempunyi seramai 23 orang murid lelaki sahaja, hanya selepas 3 tahun kemudian 3 orang murid perempuan telah mendaftar. Tenaga pengajar pada ketika itu hanya 2 orang iaitu Cikgu Md Zain bin Mohamad sebagai Guru Besar dan Cikgu Abdurrahman bin Lebai sebagai penolongnya.

Bangunan kayu yang mula-mula dibina hanya bertahan selama lima tahun sahaja dan pada akhir tahun 1925 ia digantikan dengan bangunan kayu bertiang yang lebih sempurna dengan keluasan 64 kaki panjang dan 26 kaki lebar bagu menampung bilangan murid yang terus meningkat sehingga 84 orang pada tahun1941 dan setelah kemasukan Jepun jumlah muridnya terus merosot hingga pada akhir pemerintahan Jepun (tahun 1945), Sekolah Melayu Bukit Naga terpaksa ditutup. Semua peralatannya dipindahkan ke sekolah yang baru dibina oleh orang-orang kampong di Jalan Kebun. Guru-guru juga turut dipindahkan ke sekolah tersebut. Pada peringkat asalnya sekolah baru itu juga dikenali dengan nama Sekolah Melayu Bukit Naga.

Walaubagaimanapun, Sekolah Melayu Bukit Naga ini dibuka semula pada tahun 1946, iaitu sewaktu pihak British memerintah semula Tanah Melayu. Semenjak itu Sekolah Melayu Bukit Naga terus berkembang maju dengan penambahan murid dan bangunan-bangunan baru dan seterusnya mendapat nama baru Sekolah Kebangsaan Bukit Naga (SKBN).

Disaat yang mencuit hati, hayat bangunan kayu bersejarah yang berusia 73 tahun terpaksa dirobohkan pada Disember 1998 diatas faktor keselamatan dan digantikan dengan bangunan batu setinggi 4 tingkat.

Sekolah Kebangsaan Bukit Naga kini berdiri megah menjadi mercu tanda Kampung Bukit Naga diatas Lot 3849, Seksyen 32, Bukit Naga, Shah Alam yang meliputi kawasan seluas 6 ekar.

07/08/06 10:37AM [ padam|ubah ]


<<  >>


Terdapat 5 mesej daripada pengunjung
Nama
E-Mail/Nombor Telefon Bimbit
Pesanan