www.dapat.net/bukitnaga Jumlah Pengunjung: 6588
Kemaskini:09/11/08 11:08AM

[ Tambah ]

18hb Oktober 2008
Suasana Hari Raya Aidilfitri di Bukit Naga. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan inilah masanya untuk kita berkunjung-kungungan dan bermaaf-maafan. Anak-anak muda merupakan golongan yang paling menceriakan di Hari Raya lebih-lebih lagi anak-anak muda Bukit Naga ini mempunyai nilai kejiranan, kesopanan dan adat perkampungan yang tinggi.
Gambar membuktikan kemeriahan anak-anak muda Bukit Naga sedang menjamu selera bersama-sama membakar BBQ di sebuah rumah di kampung ini. Semuga amalan ini terus diamalkan meskipun kita melangkah kezaman kemodanan.

09/11/2008 11:08AM [ padam|ubah ]

Selamat datang En Borhanuddin dan Umiatun ke Desa Wawasan Bukit Naga.
19/05/2008 03:36PM [ padam|ubah ]

Bukit Naga Dari Satelite

Tahukah anda bahawa Bukit Naga boleh dijejaki dari satelite melalui GoogleEarth?

Anda boleh melihat gambar sebenar semua bandar-bandar utama sehingga dapat kelihatan bumbung rumah dan kereta dijalan.

Google Earth perlu di download ke komputer terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan.
14/12/2007 01:26PM [ padam|ubah ]

12hb Oct 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Di Hari Raya yang mulia ini, kanak-kanak serta remajalah merupakan golongan yang paling seronok meraikannya. Berkunjung kerumah sahabat-handai secara berkumpulan begini memang menyerikan suasana yang begitu meriah dan gilang-gemilang.. Selamat Hari Raya semua... Maaf Zahir dan Batin..
04/12/2007 12:27AM [ padam|ubah ]

KOLAM KOI..
ANDA berminat dengan Kolam Koi?...
Jika berminat... mari kita sama-sama bertukar pengalaman tentang kolam ikan ni..
Saya baru je membina sebuah kolam koi didepan varandah rumah saya, kecil je tapi mencukupi untuk menghiburkan hati diwaktu keletihan.. Membina kolam ni lebih murah kalau dibuat sendiri maksudnya kita dapatkan pekerja sendiri dan beli bahan sendiri. saya akan kongsi cara membinanya dan perkara-perkara yang amat penting untuk membina sesebuah Kolam Koi...Inilah Kolam Koi yang saya bina..
09/11/2007 09:28AM [ padam|ubah ]

8hh April 2007
Sukanan Tahunan SK Bukit Naga 2007 [ALBUM http://skbn.fotopic.net/c1249936.html ]

Sukan tahunan bagi tahun ini dibuat secara sederhana namun tidak kurang kemeriahan dan keceriannya. Kali ini Rumah Biru telah menjadi Johan keseluruhan dan diikuti Rumah Kuning, Hijau dan Merah. Acara olahraga dan sukanika bagi pelajar tahun 1 telah dilangsungkan pada 7hb April 07 hari Sabtu, bagi menjimatkan waktu. Pada hari Ahad diadakan persembahan perbarisan, ikrar, semua acara larian, tarik tali dan diakhiri dengan acara-acara untuk ibubapa, pegawai sukan serta pemberian hadiah-hadiah. 
10/04/2007 10:40PM [ padam|ubah ]

3hb Mac 2007
Mesyuarat Agong ke33 SKBN
diadakan di Dewan MBSA Bukit Naga yang dirasmikan ADUN YB Kamala Ganapathy. Mesyuarat bagi perlantikan AJK Baru Sesi 2007-2008 telah menempatkan semula AJK 2006 bagi meneruskan khidmat mereka sepenggal lagi. Beberapa usul hangat telah diperdebatkan khasnya usul meningkatkan dan menambah jumlah pencapaian "A" dalam UPSR, usul keperihatinan Ibubapa dalam aktiviti PIBG, usul Buku Teks, usul Tusyen, usul mengadakan Majlis Dialog diantara Ibubapa dan Guru-guru dan lain-lain.
04/03/2007 09:24AM [ padam|ubah ]

18hb Febuari 2007
XPDC Berbasikal ke Pantai Morib.

Satu XPDC Berbasikal ke Pantai Morib 2 hari 1 malam oleh gabungan anak-anak muda Bukit Naga dan Kampung Jalan Kebun disertai lebih 30 orang. XPDC ini telah diatur dengan baik dan dilengkapi dengan sebuah kenderaan pancuan 4 roda yang membawa segala keperluan bagi perkemahan, alat-alat ganti, minuman serta kelengkapan perubatan. XPDC bermula dengan bacaan doa oleh imam masjid Jalan Kebun pada jam 10.30 pagi.

Album: http://bukitnaga.fotopic.net/c1211587.html
Komen: http://bukitnaga.conforums3.com/index.cgi?board=Aktiviti&action=display&num=1171857484
20/02/2007 02:17PM [ padam|ubah ]

11hb Febuari 2007
Larian Jogathon Terbuka SKBN 2007 Klik gambar...

Ini adalah merupakan Larian Jogathon terbuka pertama dianjurkan SKBN bagi mengisi tabung PIBG. Dengan pengelibatan penduduk Bukit Naga bersama-sama pelajar dan guru-guru selain dari mendapatkan sumbangan bagi tabung sekolah ia telah dapat menjana kemesraan yang lebih akrab disamping menceriakan suasana di Bukit Naga. Syabas diucapkan kepada PIBG dan Pihak Sekolah yang telah berjaya melaksanakan Larian Jogathon 2007 ini dengan jayanya.
ALBUM: http://bukitnaga.fotopic.net/c1210845.html
20/02/2007 02:12PM [ padam|ubah ]

GOTONG-ROYONG
Gotong-royong penduduk Bukit Naga dalam program Membasmi Denggi telah diadakan pada hari Ahad 17 Disember 2006.
21/12/2006 10:00AM [ padam|ubah ]

SELAMAT HARI RAYA
Kampung Bukit Naga masih mengamalkan berhari raya secara "Baraan" dimana ia merupakan adat dan budaya kaum Jawa. Baraan biasanya dilakukan selepas Sembahyang Hari Raya dimana penduduk kampung akan berkumpul dalam beberapa kumpulan mengikut kawasan kejiranan masing-masing. Bermula dari rumah yang terjauh menyusul satu per satu hingga kerumah pengikut baraan yang terakhir.

Kehadiran kumpulan baraan adalah begitu ringkas dan cepat, biasanya mereka akan masuk kerumah makan sedikit kueh dan minum air kemudian terus bertakbir dan membacakan doa selamat untuk tuan rumah. Apabila Selawat keatas Nabi dilafazkan maka ahli baraan akan bangun bersalaman dan berhijrah kerumah seterusnya.
ALBUM: http://bukitnaga.fotopic.net/c1137625.html
15/11/2006 07:52PM [ padam|ubah ]

KEBAKARAN 12/10/06:
Sederet rumah papan di Jalan Klinik Bukit Naga hangus dijilat api sejurus sebelum waktu berbuka telah menyebabkan 9 keluarga kehilangan rumah dan harta-benda. Mangsa kebakaran telah ditempatkan di Dewan MBSA Bukit Naga bagi persiapan penginapan sementara.

Ucapan Takziah dari kami untuk kesemua 9 keluarga yang terlibat.
ALBUM: http://bukitnaga.fotopic.net/c1113969.html
13/10/2006 09:04AM [ padam|ubah ]

MAJLIS MESRA AIDILFITRI II
Selamat datang kepada semua Anak-cucu Keturunan Bugis Kuala Selangor
ke Majlis Mesra Aidilfitri II 2006 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu - 18hb Nov 2006
Waktu: Dari Jam 9:00 pagi
Tempat: Dewan Khalid Ujung Permatang, Kuala Selangor
Jamuan:
Hidangan Juadah Hari Raya yang kita bawa sendiri dari rumah (Pot-luck)
Rujukan: Ucu Khairi @ 019-2257589
Klik disini: http://www.jejakkeluarga.dkays.com
28/09/2006 01:39PM [ padam|ubah ]

Hiasan:
PENCAHAYAAN sesuai membolehkan kita bersantai pada waktu malam. Umpama sebuah pondok, kehadiran wakaf lebih kepada konsep laman Melayu tanpa aksesori sarat seperti meletakkan perabot kerana pembinaannya lebih sebagai tempat bersantai bersama keluarga.
11/07/2006 04:41PM [ padam|ubah ]

Satu keunggulan..
Suatu kelainan yang ingin menonjolkan keunggulan sebuah Teratak Kampung yang diabadikan di Jalan Bukit Naga, bersebelahan SR Ugama Bukit Naga.
09/07/2006 05:54PM [ padam|ubah ]

8hb Julai 2006
Sebuah Taman Perumahan Baru yang indah dan teratur.
Taman Perumahan baru ini yang terletak di Jalan Rizab Buang, adalah merupakan diantara beberapa taman perumahan baru yang pasti mengubah corak Kampung Bukit Naga.
09/07/2006 05:52PM [ padam|ubah ]

Daerah Bukit Naga
Secara lebih mendalam, inilah struktur kedudukan perkampungan Bukit Naga.
29/05/2006 10:28AM [ padam|ubah ]

Komuniti
Di Bukit Naga hanya terdapat komuniti Melayu dan India sahaja yang bermastautin disini. Ini adalah merupakan satu-satunya lorong yang menempatkan komuniti India di Bukit Naga.
29/05/2006 10:18AM [ padam|ubah ]

Hiasan
Emm.. kolam ni nampak begitu indah dan begitu mententeramkan...
25/05/2006 11:57AM [ padam|ubah ]

Hiasan
Sudut Ruang Keluarga sebuah rumah di Bukit Naga yang mengasingkan tetamu dengan kanak-kanak dengan dilengkapi Home Theater.
23/05/2006 12:28AM [ padam|ubah ]

1 2 3
[Ubah]

Selamat Datang kehalaman 821
Bukit Naga
http://www.bukitnaga.dkays.com
(Desa Wawasan)


<<< Selamat Datang ke Desa Wawasan Bukit Naga....
Klik link dibawah:
# Aktiviti Bukit Naga
http://www.bukitnaga.dkays.com

# Cerita Disini..
http://bukitnaga.conforums3.com/index.cgi


SILALAH KUNJUNGI:
# SK Bukit Naga: http://www.dapat.net/skbn
atau: http://www.pibgskbn.dkays.com
# SMK Jalan Kebun: http://www.dapat.net/smkjk
atau: http://www.pibgsmkjk.dkays.com
# Kampung Bukit Naga: http://www.dapat.net/bukitnaga
atau: http://www.bukitnaga.dkays.com
# Jejak Keluarga: http://www.dapat.net/jejakkeluarga
atau: http://www.jejakkeluarga.dkays.com
# Kelab Peugeot Msia: http://www.dapat.net/kelabpeugeot
atau: http://www.peugeotclubmalaysia.com
# Mencari Sahabat: http://www.dapat.net/khairi

BUKIT NAGA
Kampung Bukit Naga, mempunyi masyarakat yang begitu aktif baik dari segi aktiviti kemasyarakatan, sukan mahupun siasah. Suasana kampung yang bersih dan segar masih kekal meskipun pembangunan yang begitu pesat telah banyak mengubah rumah-rumah usang ke taman-taman perumahan yang tersusun serta banglo-banglo indah yang menonjolkan keharmonian dan kemajuan negara kita.


[Tambah] [Padam]


[ Tambah ]

[ Padam ]

Taip: DW BUKITNAGA dan hantar ke DAPAT
[ Tambah ]

BUKIT NAGA
Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, adalah merupakan sebuah Desa Wawasan Negeri Selangor yang terletak di pertengahan tiga penjuru pembangunan diantara Bandaraya Shah Alam, Bandar Diraja Kelang dan Bandar Baru Kota Kemuning.

Masyarakat kampung Bukit Naga begitu aktif baik dari segi aktiviti kemasyarakatan, aktiviti sukan mahupun siasah. Suasana kampung yang bersih dan segar masih kekal meskipun pembangunan yang begitu pesat telah banyak mengubah rumah-rumah usang ke taman-taman perumahan yang tersusun serta banglo-banglo indah yang menonjolkan keharmonian dan kemajuan negara kita.

Selamat berkunjung ke website Kampung Bukit Naga bagi meninjau lebih dalam lagi aktiviti yang dijalankan....
15/08/06 02:57PM [ padam|ubah ]


<<  >>


Terdapat 3 mesej daripada pengunjung
Nama
E-Mail/Nombor Telefon Bimbit
Pesanan